Rabu, 10 Februari 2016

Apa yang kau kejar??

Apa yang kau kejar sebenarnya??  Harta, pangkat atau wanita cantik? Tahukah kau itu semua sementara?  Tahukah kau itu semua dusta?  Tahukah kau itu semua tipu? 

Kalau harta yang kau impikan,  akan habis di telan generasi ketiga akhirnya. Kalau pangkat yang kau mahu habis madu sepah di buang.  Andai tak diperlukan lagi kau akan ditinggalkan sebegitu sahaja.  Andai wanita cantik jadi dambaan, bila masa makin menua abis kedut seribu muka,  nescaya kau akan berasa jijik dan akhirnya pergi meniggalkan si dia yang telah hodoh itu.

Tapi andai ketenangan, keamanan dan kedamaian yang kau cari, yang kau mahu dan yang kau impi. Jawapan hanya satu. SUJUDLAH keatas TuhanMu..

Ahad, 7 Februari 2016

Renung kembali

Assalamualaikum.. Apa khbar semua?  Harap2 sentiasa dibawah jagaan ilahi..*senyum manis*

First thing first

Sila abaikan post aku yang sebelum ini.. It's just my luahan perasaan je.. Hahaha nothing to do with any person in this world.. Hihihihi

Okay back to title.. Ayuh kita renungkan kembali.. Adakah selama ini kita dah cukup bersyukur dengan apa yang kita perolehi??

Let's say.. For today.. Saat kita bangun dari tidur.. Adakah kita mengucap syukur ke hadrat ilahi atau bangun je hal duniawi yang berada di otak kita??

Okey,  fyi aku ni bukanlah maksum or alim orangnya.. I'm just me.. Someone who wanna be a better person every single day.. Trying harder to think what the thing i could do for ummah or famili at least..

Okey back to basic, post ni actually untuk aku jugak.. Ye lah.. Every advice used to be to ourself too.. Renungkan sejenak..

Pernah tak kita terfikir andai hari ni hari terakhir kita kat dunia ni.. Cukup tak amalan kita selama kita hidup.. Contohnya aku tahun ni berusia 25 tahun.. Cukup tak amalan aku untuk bantu aku nanti?

Nobody can answer it.. Just kita yang perlu buat persediaan untuk menghadapi hari tersebut.. Buat amal kebaikkan secara berterusan.. Kalau boleh tinggalkan maksiat yang pernah kita buat dulu.. Aku tahu payah nak tinggalkan benda yang dah biasa kita buat.. I know its struggle enough to us.. But Allah tak pandang pun kita dulu macam mana.. Allah pandang usaha kita.. Allah pandang apa yang terjadi pada kita di akhirnya.. Which means, the result for we struggling..

Jadi, istiqamahlah dan berubah lah ke arah yang lebih baik.. Nobody know when their life gonna ends.. Just be ready.. *senyum*

Jumaat, 4 Disember 2015

Bagaimana pula dengan aku??

Assalamualaikum semua.. Kita di kejutkan dengan pemergian pak yus, baru² ni.. Sejujurnya aku tak kenal dengan rapat pun ngn arwah pak yus.. Tapi pemergian arwah buat kita rasa sedih dan pilu.. Rasa kehilangan sangat².. Sejak arwah pak yus pergi, seorg demi seorg buka kisah kebaikan arwah.. Kisah dermawannya.. Kisah keikhlasan arwah.. Semua kisah yang baik²..alhamdulillah

Sejujurnya kejadian ini buat aku terfikir.. Bila aku takde nanti, bagaimana dengan pengakhiran aku??  Kisah yang bagaimana akan terkeluar nanti?  Kebaikan aku ke atau aib aku?  Jujur weh,  aku takut bila aku takde nanti semua aib aku ALLAH SWT akan tunjukkan kat orang ramai.. Time tuh aku tak boleh buat apa² dah.. Aku takut time aku hidup org sangka aku baik.. Tapi tidak pada Allah.. Aku takut bila semua kebaikan aku Allah tak pandang pun..


Rabu, 25 November 2015

TAHU

Aku Tahu
Sukarnya jalan mujahadah
Aku Tahu
Susahnya nak istiqamah
Aku Tahu
Sakitnya kutukan
Aku Tahu
Pedihnya kritikan

Tapi

Aku pun tahu
Syurga itu mahal
Aku pun tahu
Indahnya iman
Aku pun tahu
Nikmatnya kesyukuran

Walaupun seluruh makhluk mengeji dan menghina,
Andai Allah redha itu tak memberi kesan pun
Aku hidup bukan untuk dapat pujian manusia
Aku hidup untuk dapat keberkatan dari yang Maha Esa
Manusia ini pendosa,  tak lepas dari kesilapan tapi yang membezakan kita adalah keimanan kepada yang Maha Esa
Andai kau datang dengan segunung dosa, nescaya Allah akan ampunkan dosa kau sekiranya kau bertaubat yang sebenar benarnya taubat

Khamis, 19 November 2015

Saatnya dah tiba

Assalamualaikum,pembuka bicara aku ingin meluahkan rasa hati yang terpahat dalam kalbu ini.. Hihi *ayat tak boleh blah*

Lurus ke titik *straight to the point*

Semua manusia pernah mengalami zaman kegelapan.. Begitu juga ngn aku.. Dari jahil kepada ada ilmu sikit.. Manusia ni memang tak boleh lari dari buat dosa sebab semua manusia adalah pendosa,  begitu juga diri ini.. Sejujurnya,  aku dah hampir dua tahun berhijrah.. Dari free hair kpd tudung singkat, dari tudung singkat kpd alhamdulillah tudung labuh..

Titik tolak bermula.. Aku dari sekolah memang suka tengok orang pakai tudung labuh.. Rasa sejuk je mata memandang tapi time tuh takde kesedaran nak pakai.. Suka tengok je.. *senyum kelat*

Ada ketika pernah suarakan rasa hati dekat mak aku nak try pakai tudung labuh.. Mak cakap 'tak payahlah awak tu solat jarang² orang pakai tudung labuh ni dia baik, alim, macam ustazah, solat tak tinggal'
Aku diam.. Faham benar diri ini selalu lalai.. Selalu tinggal solat.. Tapi bila tengok orang pakai tudung labuh teringin sangat.. Sehinggalah tahun 2013 hujung tahun dalam November dan Disember aku mula rasa nak sangat berhijrah..

Time tuh pulak, kat Facebook page heliza helmi dia share pasal video ahmad ammar, syahid yg tertangguh.. Aku tengok video tuh.. Rasa malu,meremang dan macam² rasa bercampur..  Rasa kerdil sangat diri ini nak di compare ngan ahmad ammar.. Aku menangis juga.. Sebab malu ngn diri sendiri.. Malu sebab ahmad ammar ada visi dan misi yang jelas iaitu untuk menggapai redha ilahi.. Sedangkan aku???  Fikir pasal jodoh tak habis²..pasal kahwin.. Pasal kpop.. Kalau nak diikutkan umur aku dan ahmad ammar,  dia muda 2 tahun dari aku.. Tapi matlamat dia jelas.. Aku??  Malunya ya Allah

Setelah aku fikir panjang lebar.. Seminggu sebelum masuk tahun 2014 aku telah pun buat keputusan utk berhijrah.. Tudung da labuh,  aku pakai stoking,  aku pakai handsock.. Alhamdulillah until now still dapat istiqamah.. Solat pun alhamdulillah aku try tak tinggal.. Kadangkala dengan tengok video pun perasaan nk berubah datang..

Pernah satu ketika aku sentap ngn pertanyaan kakak satu opis aku.. Time tuh aku style nak cam Korea saja.. Tapi time tuh aku bertudung singkat.. Kakak opis tanya pasal stoking.. Time tuh aku pakai stoking bila nk balik ngn datang kerja je.. Sampai opis aku buka stoking. Time tuh nak balik.. Aku pun pakai stoking.. Kakak opis aku tuh tanya 'kenapa NuRuL pakai stoking?'  aku jawab 'sebab kalau tak pakai nanti kaki sakit'  lepas aku keluarkan ayat tuh tetiba tersentap sendiri.. Otak cam fikir.. Kau takut kaki sakit.. Tapi kau tak takut api neraka  ke? Itu juga petunjuk dari Allah untuk aku...

Alhamdulillah ini saja sharing yang aku nak share.. Yg baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan... *senyum senang*

Let's start a new me

Assalamualaikum.. After 5years,blog ni dibiarkan sepi,  aku akhirnya buat keputusan untuk buang semua post 5 tahun yang dulu, yang memang tak matang,  tulis ikut sedap hati, tanpa ada apa² isi penting yang boleh dibuat karangan bahasa Melayu.. Hihi Just kidding... *muka senyum*

Kalau 5 tahun dulu, isi blog ni more to benda remeh dan tak penting,  insya Allah After this,  blog ni akan di isi dengan isi penting yang berguna untuk pembaca.. *tarik nafas*

Sebagai mukadimahnya,  better kita bertaaruf dulu kan?  *senyum lebar*

Nama diberi,  siti nurul hidayah,  umo 24 tahun.. Yer tahu udah tua kok!  *senyum sinis*
Tinggal di Cheras.. Status bujang*masih mencari* udah bekerja.. Sebagai admin di company swasta di jalan ampang klcc.. Itu je lah sesi suai kenal kita.. Tak boleh byk² nanti mak marah... Huahuahua *gelak jahat*

Penutupnya,  hidup ini tak selalu indah.. Ada ketika kita di uji.. Ada ketika kita rebah tak bangun² tapi ingatlah segala yang berlaku telah tertulis sejak di luft mahfuz lagi.. *angkat dua jari tanda aman*

aku dan diri ku...

Lilypie Kids Birthday tickers