Aku Tahu
Sukarnya jalan mujahadah
Aku Tahu
Susahnya nak istiqamah
Aku Tahu
Sakitnya kutukan
Aku Tahu
Pedihnya kritikan
Tapi
Aku pun tahu
Syurga itu mahal
Aku pun tahu
Indahnya iman
Aku pun tahu
Nikmatnya kesyukuran
Walaupun seluruh makhluk mengeji dan menghina,
Andai Allah redha itu tak memberi kesan pun
Aku hidup bukan untuk dapat pujian manusia
Aku hidup untuk dapat keberkatan dari yang Maha Esa
Manusia ini pendosa, tak lepas dari kesilapan tapi yang membezakan kita adalah keimanan kepada yang Maha Esa
Andai kau datang dengan segunung dosa, nescaya Allah akan ampunkan dosa kau sekiranya kau bertaubat yang sebenar benarnya taubat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan