Rabu, 7 Julai 2021

Everything in digital now

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Lama betul tak menyinggah blog ni. Al-Maklum dengan pandemik tak berkesudahan, aku pun dah jadi lemau nak menulis.

Baiklah kita terus ke tajuk kita hari ni. Semua sedia maklum blog aku ni just sesaja je aku create. Tak berniat pun nak jadikan side income tapi kalau boleh jadikan side income untuk aku, lagi elok lah. Dengan kerja aku sekarang ni, tunggu bom masa je nak bagi surat resign. Once dapat better offer memang bye bye lah cosmic.. huhuhu

Kita pergi ke tajuk utama kita, semua sedia maklum sekarang ni semua benda di hujung jari. Even nak bank in duit, tak perlu beratur panjang ke bank, just guna online banking. Even kerja pun guna digital ja. Ada internet/laptop mana-mana tempat boleh buat kerja. Nak interview pun tak perlu fizikal interview just zoom meeting, google meeting, everything settle! 

But benda tu perlukan effort kita jugak. kalau jenis semua benda dari lahir tersedia depan mata, susah lah kau nak survive. Ada anak Dato kat company aku kerja ni, semua benda tak pandai even copy paste excel dia tak reti. Sebab apa tak reti? tak nak belajar. Dari lahir da senang. Semua kerja mak pak yang buat. Even kerja dia aku yang buat. Dia just datang office, then tengok netflix then bagi arahan there and there. Bagi arahan memang pandai. Semua orang bijak bagi arahan even my daughter 2 tahun da boleh bagi arahan mintak susu.. Tapi kau sebagai leader still kena tau lah semua benda bukan semua benda harapkan staff.

Sebab itu aku cakap, kerja aku sekarang ni tunggu masa je nak resign. Once dapat kerja lain, dapatlah surat dari aku. Kerja kat situ memang stress sikit sebab kau kena buat effort sendiri nak faham bisnes dorang. Kalo tanya leader kau pun which is anak dato tu, jawapan dia selalu consistent TAK TAHU LAH KAK...KAK TANYA LAH EX STAFF,, jawapan aku dapat masa first day kat situ.

Aku terus turn off kerja situ.. tapi tuh lah bukan senang nak dapat kerja baru di zaman pandemik ni. Just bersabar selagi boleh. Company da berpuluh tahun tapi akaun buat manual. What to do?? Even everything di hujung jari sekali pun company aku kerja still guna zaman kuno punya accounting. 

Like i say before bertahan lah selagi boleh, Belajar lah selagi ada daya nak belajar. 































Tiada ulasan:

aku dan diri ku...

Lilypie Kids Birthday tickers