Rabu, 7 Julai 2021

Everything in digital now

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Lama betul tak menyinggah blog ni. Al-Maklum dengan pandemik tak berkesudahan, aku pun dah jadi lemau nak menulis.

Baiklah kita terus ke tajuk kita hari ni. Semua sedia maklum blog aku ni just sesaja je aku create. Tak berniat pun nak jadikan side income tapi kalau boleh jadikan side income untuk aku, lagi elok lah. Dengan kerja aku sekarang ni, tunggu bom masa je nak bagi surat resign. Once dapat better offer memang bye bye lah cosmic.. huhuhu

Kita pergi ke tajuk utama kita, semua sedia maklum sekarang ni semua benda di hujung jari. Even nak bank in duit, tak perlu beratur panjang ke bank, just guna online banking. Even kerja pun guna digital ja. Ada internet/laptop mana-mana tempat boleh buat kerja. Nak interview pun tak perlu fizikal interview just zoom meeting, google meeting, everything settle! 

But benda tu perlukan effort kita jugak. kalau jenis semua benda dari lahir tersedia depan mata, susah lah kau nak survive. Ada anak Dato kat company aku kerja ni, semua benda tak pandai even copy paste excel dia tak reti. Sebab apa tak reti? tak nak belajar. Dari lahir da senang. Semua kerja mak pak yang buat. Even kerja dia aku yang buat. Dia just datang office, then tengok netflix then bagi arahan there and there. Bagi arahan memang pandai. Semua orang bijak bagi arahan even my daughter 2 tahun da boleh bagi arahan mintak susu.. Tapi kau sebagai leader still kena tau lah semua benda bukan semua benda harapkan staff.

Sebab itu aku cakap, kerja aku sekarang ni tunggu masa je nak resign. Once dapat kerja lain, dapatlah surat dari aku. Kerja kat situ memang stress sikit sebab kau kena buat effort sendiri nak faham bisnes dorang. Kalo tanya leader kau pun which is anak dato tu, jawapan dia selalu consistent TAK TAHU LAH KAK...KAK TANYA LAH EX STAFF,, jawapan aku dapat masa first day kat situ.

Aku terus turn off kerja situ.. tapi tuh lah bukan senang nak dapat kerja baru di zaman pandemik ni. Just bersabar selagi boleh. Company da berpuluh tahun tapi akaun buat manual. What to do?? Even everything di hujung jari sekali pun company aku kerja still guna zaman kuno punya accounting. 

Like i say before bertahan lah selagi boleh, Belajar lah selagi ada daya nak belajar. 































Sabtu, 30 Januari 2021

dah bersarang blog aku ni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang. Masih ada lagi ke yang baca blog aku ni.. huhuhu well i not even care abaout that. 


Dari tahun ke tahun banyak benda yang terjadi pada aku, famili dan orang sekeliling aku.. i will flashback NOV 2019~~~


11 NOV 2019, aku kehilangan orang yang paling aku sayang dalam dunia ni iaitu mak aku.. rasa tak percaya yang mama dah takde.. dengan tak ada sakit apa, tiba-tiba ALLAH ambil orang yang aku sayang. Yang paling terkilan aku tak sempat tatap pun wajah arwah mama buat kali terakhir, sebab masa tu aku balik kampung suami aku kat baling. Ye lah belah sana tak pernah jumpa lagi anak aku, sebab tu aku suruh jugak suami aku balik kampung. Kesian mak belah sana.. tapi benda nak jadi kan.. kami ni takde transport, balik baling pun dengan bas.. time tuh Bas pergi KL just waktu petang je.. pagi dah berangkat.. lagipun BAling ke KL agak jauh jugak lah dalam 6-7 jam perjalanan. Bertolak dalam pukul 3 petang lebih sampai KL dalam kul 8 ke 9 macam tu.. aku sampai malam lah.. Aku cakap dengan kakak ipar aku kalau semua dah settle, takyah tunggu aku.. just settle kan terus semua.. kesian pulak dekat arwah mama kalau kebumi kan lambat-lambat.. tapi tuh lah still rasa terkilan lah sebab tak tatap wajah maam buat kali terakhir.. Everything settle dengan smooth dan alhamdulilah arwah mama pergi dengan keadaan yang senang dan tak ada susah kan anak- anak semua.. 

Sepanjang tahun 2020~~~~~

semua sedia maklum covid melanda Malaysia, kita semua kena PKP.. ada company yang terjejas sebab covid 19 ni.. company aku kerja pun turut tak kecuali.. bulan 3 hingga 8 aku masih kerja situ lagi tapi under cuti tanpa gaji.. kira bulan-bulan aku dapat duit RM600 dari BPN kerajaan bagi. Bulan 9 aku kena terminate dengan company katanya dorang dah tak boleh simpan pekerja lagi dah..then, dorang bagi pampasan 2 bulan gaji dekat aku.. Alhamdulilah rezeki.. then aku apply eis socso untuk tampung hidup aku..alhamdulilah suami masih kerja di workshop company aku..walaupun seminggu 3 hari je kerja.. tapi boleh lah untuk tampung kehidupan kami 3 beranak..


Tahun 2021~~~~~~~


aku harap tahun 2021 ni aku dapat kerja dan semua kembalil normal.. aminnn



 

aku dan diri ku...

Lilypie Kids Birthday tickers