Memaparkan catatan dengan label poem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poem. Papar semua catatan

Rabu, 10 Februari 2016

Apa yang kau kejar??

Apa yang kau kejar sebenarnya??  Harta, pangkat atau wanita cantik? Tahukah kau itu semua sementara?  Tahukah kau itu semua dusta?  Tahukah kau itu semua tipu? 

Kalau harta yang kau impikan,  akan habis di telan generasi ketiga akhirnya. Kalau pangkat yang kau mahu habis madu sepah di buang.  Andai tak diperlukan lagi kau akan ditinggalkan sebegitu sahaja.  Andai wanita cantik jadi dambaan, bila masa makin menua abis kedut seribu muka,  nescaya kau akan berasa jijik dan akhirnya pergi meniggalkan si dia yang telah hodoh itu.

Tapi andai ketenangan, keamanan dan kedamaian yang kau cari, yang kau mahu dan yang kau impi. Jawapan hanya satu. SUJUDLAH keatas TuhanMu..

Rabu, 25 November 2015

TAHU

Aku Tahu
Sukarnya jalan mujahadah
Aku Tahu
Susahnya nak istiqamah
Aku Tahu
Sakitnya kutukan
Aku Tahu
Pedihnya kritikan

Tapi

Aku pun tahu
Syurga itu mahal
Aku pun tahu
Indahnya iman
Aku pun tahu
Nikmatnya kesyukuran

Walaupun seluruh makhluk mengeji dan menghina,
Andai Allah redha itu tak memberi kesan pun
Aku hidup bukan untuk dapat pujian manusia
Aku hidup untuk dapat keberkatan dari yang Maha Esa
Manusia ini pendosa,  tak lepas dari kesilapan tapi yang membezakan kita adalah keimanan kepada yang Maha Esa
Andai kau datang dengan segunung dosa, nescaya Allah akan ampunkan dosa kau sekiranya kau bertaubat yang sebenar benarnya taubat

aku dan diri ku...

Lilypie Kids Birthday tickers