Rabu, 7 Julai 2021

Everything in digital now

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Lama betul tak menyinggah blog ni. Al-Maklum dengan pandemik tak berkesudahan, aku pun dah jadi lemau nak menulis.

Baiklah kita terus ke tajuk kita hari ni. Semua sedia maklum blog aku ni just sesaja je aku create. Tak berniat pun nak jadikan side income tapi kalau boleh jadikan side income untuk aku, lagi elok lah. Dengan kerja aku sekarang ni, tunggu bom masa je nak bagi surat resign. Once dapat better offer memang bye bye lah cosmic.. huhuhu

Kita pergi ke tajuk utama kita, semua sedia maklum sekarang ni semua benda di hujung jari. Even nak bank in duit, tak perlu beratur panjang ke bank, just guna online banking. Even kerja pun guna digital ja. Ada internet/laptop mana-mana tempat boleh buat kerja. Nak interview pun tak perlu fizikal interview just zoom meeting, google meeting, everything settle! 

But benda tu perlukan effort kita jugak. kalau jenis semua benda dari lahir tersedia depan mata, susah lah kau nak survive. Ada anak Dato kat company aku kerja ni, semua benda tak pandai even copy paste excel dia tak reti. Sebab apa tak reti? tak nak belajar. Dari lahir da senang. Semua kerja mak pak yang buat. Even kerja dia aku yang buat. Dia just datang office, then tengok netflix then bagi arahan there and there. Bagi arahan memang pandai. Semua orang bijak bagi arahan even my daughter 2 tahun da boleh bagi arahan mintak susu.. Tapi kau sebagai leader still kena tau lah semua benda bukan semua benda harapkan staff.

Sebab itu aku cakap, kerja aku sekarang ni tunggu masa je nak resign. Once dapat kerja lain, dapatlah surat dari aku. Kerja kat situ memang stress sikit sebab kau kena buat effort sendiri nak faham bisnes dorang. Kalo tanya leader kau pun which is anak dato tu, jawapan dia selalu consistent TAK TAHU LAH KAK...KAK TANYA LAH EX STAFF,, jawapan aku dapat masa first day kat situ.

Aku terus turn off kerja situ.. tapi tuh lah bukan senang nak dapat kerja baru di zaman pandemik ni. Just bersabar selagi boleh. Company da berpuluh tahun tapi akaun buat manual. What to do?? Even everything di hujung jari sekali pun company aku kerja still guna zaman kuno punya accounting. 

Like i say before bertahan lah selagi boleh, Belajar lah selagi ada daya nak belajar. 































Sabtu, 30 Januari 2021

dah bersarang blog aku ni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang. Masih ada lagi ke yang baca blog aku ni.. huhuhu well i not even care abaout that. 


Dari tahun ke tahun banyak benda yang terjadi pada aku, famili dan orang sekeliling aku.. i will flashback NOV 2019~~~


11 NOV 2019, aku kehilangan orang yang paling aku sayang dalam dunia ni iaitu mak aku.. rasa tak percaya yang mama dah takde.. dengan tak ada sakit apa, tiba-tiba ALLAH ambil orang yang aku sayang. Yang paling terkilan aku tak sempat tatap pun wajah arwah mama buat kali terakhir, sebab masa tu aku balik kampung suami aku kat baling. Ye lah belah sana tak pernah jumpa lagi anak aku, sebab tu aku suruh jugak suami aku balik kampung. Kesian mak belah sana.. tapi benda nak jadi kan.. kami ni takde transport, balik baling pun dengan bas.. time tuh Bas pergi KL just waktu petang je.. pagi dah berangkat.. lagipun BAling ke KL agak jauh jugak lah dalam 6-7 jam perjalanan. Bertolak dalam pukul 3 petang lebih sampai KL dalam kul 8 ke 9 macam tu.. aku sampai malam lah.. Aku cakap dengan kakak ipar aku kalau semua dah settle, takyah tunggu aku.. just settle kan terus semua.. kesian pulak dekat arwah mama kalau kebumi kan lambat-lambat.. tapi tuh lah still rasa terkilan lah sebab tak tatap wajah maam buat kali terakhir.. Everything settle dengan smooth dan alhamdulilah arwah mama pergi dengan keadaan yang senang dan tak ada susah kan anak- anak semua.. 

Sepanjang tahun 2020~~~~~

semua sedia maklum covid melanda Malaysia, kita semua kena PKP.. ada company yang terjejas sebab covid 19 ni.. company aku kerja pun turut tak kecuali.. bulan 3 hingga 8 aku masih kerja situ lagi tapi under cuti tanpa gaji.. kira bulan-bulan aku dapat duit RM600 dari BPN kerajaan bagi. Bulan 9 aku kena terminate dengan company katanya dorang dah tak boleh simpan pekerja lagi dah..then, dorang bagi pampasan 2 bulan gaji dekat aku.. Alhamdulilah rezeki.. then aku apply eis socso untuk tampung hidup aku..alhamdulilah suami masih kerja di workshop company aku..walaupun seminggu 3 hari je kerja.. tapi boleh lah untuk tampung kehidupan kami 3 beranak..


Tahun 2021~~~~~~~


aku harap tahun 2021 ni aku dapat kerja dan semua kembalil normal.. aminnn



 

Jumaat, 16 Ogos 2019

Manusia yang senang di tipu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers yang baca blog aku ni~~if ada orang sudi baca~


Macam title post aku ni, aku nak cerita tentang manusia yang senang di tipu.. korang setuju tak kalau aku cakap, kerja hakiki yang kita buat tiap isnin sampai jumaat tu gaji dia tak cukup untuk perbelanjaan bulanan kita? Nak nak dengan ekonomi sekarang ni.. ramai majikan nak buang pekerja.


korang jujur je lah, gaji yang korang dapat lepas di tolak campur bahagi darab semua, cukup tak korang nak survive? kalau korang tanya aku lah kan, jawapan aku TIDAK

sebab apa, korang nak tahu tak? zaman sekarang ni semua benda nak naik.. beras naik, air naik, elektrik naik, barang basah naik.. pendek kata kat Malaysia ni semua benda naik kecuali GAJI, betoi tak korang??

apa kaitan benda tuh dengan title post aku? ada kaitan..


korang bayangkan bila senua benda naik kan, secara tak sengaja keadaan ekonomi rumahtangga telah mendesak kita jadi lebih agressif. Pastu mula lah search benda macam mana nak cepat kayoo pastu bisnes yang boleh untung cepat.. Nak nak sekarang dekat ig,fb ads semua kebanyakkan ads dorang lebih kurang sama ja.. buat video tayang duit, kereta mahal, pastu travel luar negara sana sini non stop tayang kat ig story. lepas tuh manusia bodoh macam aku akan tergoda lah.. 'nak tak jana income sehari 100 ke 400, wassap di nombor blah blah blah


serius weh, aku dah buat silap besar..sebab boleh pih percaya ngn akak tu..yess rezeki Allah yang bagi..tapi kalau manusia yang tak tahu apa2 macam aku ni, tiba2 boleh plak pih labur 15k macam tu je, ko rasa macam mana? wehhh, tiap bulan aku duk pikir macam mana nak bayar loan barang tu..yess aku dapat barang tapi barang tuh aku tak boleh pilih.. semua macam cepat je.. tahu2 aku da sign agreement loan, pastu dapat barang.. barang apa yang aku amik? cukuplah aku cakap company MLM yang terkenal kat Malaysia ni..

Company tuh da bertapak 27 tahun.. dalam tuh ada banyak group.. modus operandi semua lebih kurang ja bila aku tengok satu2 group.. kau bayangkan benda dah banyak orang jual, kau yang baru nak bertatih berbisnes ni macam ntah lah susah nak cakap.. benda baru kan.. kalau kau jenis suka bercakap kau overclaim lah sikit2 , contoh macam selimut tuh boleh sembuhkan penyakit lah apa.. makcik2 atau orang tua mesti akan percaya dengan kau.. tapi aku ni tak boleh doe nak tipu2 overclaim bagai.. rasa bersalah dengan rasa cam bodoh je nak iklan kan benda tuh.. 


sekarang semangat aku nak berbisnes makin down sebab aku rasa cam apa yang aku buat ni tak betul je.. ntah lah weh.. aku rimas kot bekerja dlm kumpulan byk sangat.. kat opis aku pun bukan ramai sangat.. management pun 11 orang je.. tang tuh ja tgk muka.. masuk group MLM ni ramai plak manusia yang senang kena tipu macam aku.. hehhe


aku adalah pih kelas group tuh 2/3 kali gitu.. time management cam ape je.. janji kelas kul 11 kul 12 belum tentu start lagi.. aku ni dah lah jenis berjanji kena tepati.. bukan jenis janji melayu a.k.a lambat sungguh nak tunggu.. and aku jenis tak suka menunggu.. mula lah rasa nak carut je bila lambat.. aku rasa memang aku dengan group MLM tuh bermusuhan je.. lepas tuh selalu abis lambat.. suami aku mula lah wasap aku suruh balik cepat.. aku pun mula lah gelabah ayam.. tak suka doe keadaan macam tu.. lepas tuh kelas tuh macam suka buang masa sikit.. suka betoi menyanyi2 lah tepuk2 tangan.. nak bagi peserta semangat depa pasang lah video pih trip mewah.. manusia bodoh macam aku pun mula lah semangat sambil berangan2 nak pih situ.. 


aku rasa ni semua pilihan lah.. kalau lah time tuh aku boleh berfikiran dengan waras, mesti aku tak terjebak time tuh.. dah lah time terkena tuh, aku bru abis pantang.. ada baby.. mula lah ayat mak2 dia bagi kat aku 'kita buat ni untuk anak ,suami dn keluarga, cuba fahamkan dorang' lepas tuh suami aku plak tak kerja.. lagi lah aku macam orang giler duk pikir nak bagi income masuk. nak nak time tuh nak puasa.. cerita dia memang timing mengena lahh.. haihh


okey lah tuh je lah aku nak story.. nanti aku cerita lagi kat korang apa jadi dengan aku.. tuh pun kalau ada manusia nak baca.. tapi kalau takde pun still aku nak story gak.. sebab dah lama blog ni di biar sepi.. saja luah perasaan.. hehhehhe


assalamualaikum... chow korangg.. byee






Rabu, 14 Ogos 2019

ada ke orang baca blog aku? πŸ˜‚πŸ˜‚


Assalamualaikum warahmatullahiwabarahkatu...



wahhh.. dah 2019 lah wehh.. lama tuh aku tak update blog.. hehehe almaklum kekangan masa.. dengan sekarang aku dah ada anak.. dengan suami.. dengan kerja hakiki aku.. banyak weh komitmen aku..


siapa sangka tahun 2019 ni aku da ada baby.. Maryam Haura nama anak aku.. budak yang ngade dan gedik terlebih.. tapi tuh lah buah hati aku..


suami aku plak.. alhamdulilah menolong jugak lah aku jaga anak.. cuma anak aku ni lah manja ngn aku.. asal tinggal ngn suami aku mesti dia nangis macam kami dera dia.. hai lah anakkkkπŸ˜…πŸ˜…

my mary yang gedikkk nau nau.. nak masuk 6 bulan da wehh😍😍


aku dengan suami aku.. hai lah.. laki aku ni kalau bergambar tak pernah yang macho.. mesti spoiler giler.. sakit hati kitaaaaπŸ˜’πŸ˜’


okey lah.. nampak nya buat masa ni.. ni lah dulu aku update.. insyaallah lepas ni aku update lain..


see u soon bebeh😘😘




Isnin, 10 Disember 2018

Long time no see


Assalamualaikum warahmatullahiwabarohkatu... semoga sihat hendakNya.. Setelah berkurun lama tak update blog ni.. hari ni tetiba teringin nak update something kat sini.. Its more like banyak benda aku tak cerita kat sini.. mungkin sebab realiti its sweet than fantasy~~maybeeeeee


Ayuh flashback~~~~


Setahun yang lalu.. aku kenal someone, then kami bercinta.. then awai tahun ni kami kahwin.. then insya allah awai tahun depan aku akan jadi ibu❤



Indah betul perancangan Allah kan.. kita je tak sedar.. dalam diam tak diam mostly aku punya target jadi kenyataan.. nak bercinta, kahwin, ada famili sendiri and sooo onn...


Alhamdulilah..syukur nikmat yang diberi. Tapi aku belum dapat travel lagi ngn husben aku berdua.. last travel masa honeymoon dulu dekat langkawi.. lepastu belum dapat peluang lagi. Insya allah tahun depan kalau panjang umur, boleh travel dengan my baby plak.. hehehe keluarga kecik kami.. 


aku ni jenis suka berjalan tengok tempat orang.. aku suka travel tapi belum dapat peluang nak travel lagi.. maybe komitmen hidup dan bajet.. korang doakan aku dapat travel sana sini dengan famili aku.. seronok travel ni.. boleh luaskan pandangan dan pengetahuan.. betapa besar nikmat yang Allah beri kan..

my next year wishlist is nak travel with my small famili.. kalau boleh tahun depan dapat travel banyak tempat menarik.. huhuhu

okey lah ni je aku nak update.. about my life yang dah bertukar status from bujang to married.. hihihi

adois amigossss...


Ahad, 8 Januari 2017

Random Topic 3

Assalamualaikum semua..sihat tak hari ni? harap korang semua sihat dan happy sokmo deh! Baiklah semalam dan kelmarin aku dah story pasal aku gi pulau redang kan? So,hari ni topik aku ringan ringan sikit lah..dah tuh nama pun random topic kan..so,malam ni aku nak bebel je lah..huhuhu jangan marah naa..ni blog aku..so,suke hati hakak lah kann..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€


Topik aku malam ni more to about myself lah kan..kalau korang scroll bawah bawah ni mesti korang ada baca pasal random thing about myself..yang mana aku ni suke wat kerja separuh jalanlah,pastu pendiam ngn orang tak rapat lah and so on..tapi kisah malam ni pasal lagi deep tentang diri sendiri..tapi bukan jugak nak buka aib sendiri just untuk bercerita je..bagi korang kenal sapa lah tuan empunya blog ni..huhuhu


Baiklah, aku ni jenis mudah percaya ngan orang..itu aku punya kekuranganlah..dan korang jangan lah amik kesempatan plak..mentang mentang aku ni jenis mudah percaya ngn mudah kesian korang perbodoh bodohkan aku plak..huhuhu TAPI once i know about the truth abislah korang..jangan harap lepasni aku akan layan korang sama macam mula mula aku kenal korang dah..its more like once you break the trust i'am not going to be the same person anymore.


Okey,enough with that thing, seterusnya aku ni jenis mudah suka kat orang dan mudah perasan camtu..so, korang better jaga kelakuan lah yer..jangan bagi harapan palsu..aku ni senang je orang die..just layan aku cam orang lain n jangan lah nak layan aku lebih lebih plak..karang aku perasan kau suka aku plak..aku ni dah lah cepat konfius sikit..huhuhu..so,jangan ada niat nak berlawak kekonon suka aku padahal tak pun..nanti aku perasan,aku plak malu..hihihihi..just layan aku cam orang lain..orang lain yang kau tak suka tuh..layan aku camtu taw..aku taknak layanan istimewa pun unless you feel this same way as i am..itu citer lain..oke??


Aku jenis mudah memaafkan dan sukar melupakan apa yang orang dah buat kat aku..kalau benda baik aku akan selalu ingat lah kebaikkan korang buat kat aku..dan aku akan selalu appreciated sangat sangat..tapi awas!! kalau kejahatan pun aku akan ingat..dan aku maybe akan selalu cam ungkit atau cerita balik kat kau apa benda jahat kau dah buat kat aku..so,better watch it!


Lepas tuh ada lagi nih..huhuhu  kalau kau cerita rahsia apa apa kat aku,dun worries sebab aku bukan jenis bercerita kat orang..aku ni more to mendengar dari bercerita..kat reality die..kalau bercerita more to luah kat buku atau blog atau media sosial yang lain..senang cerita more to writing than speaking..like that lah..so, kira rahsia korang akan selamat giteww..sebab bila korang bercerita aku dengar lepas tuh lupa camtu..kalau korang tanya balik apa rahsia yang korang cerita kat aku dua ke tiga hari lepas, aku akan wat muka blur macam tak ingat..lepas korang blah camtu tetiba akan ingat balik..hihihihi ini bukan sesaje tapi kenyataan,,Jadinya korang pikir lah sendiri..sama ada berbaloi ke idok cerita ngan aku..hikhikhik


Alrite,next thing is aku ni bila curios about something kan macam curios tentang seseorang, aku akan stalk lah die..bila dah terstalk pasti jumpa macam macam...macam perangai die sebelum matang ke apa kan..tapi jangan risau, bila aku stalk, aku takkan cerita kat sesape..aku taw sendiri sendiri je..lepas tuh aku wat bodo..tapi aku dapat taw something yang tak sangka lah kan..hikhikhik


Next thing is aku suka throwback..macam aku suka ingat benda benda lepas..macam kisah zaman sekolah ke..zaman plkn ke..zaman ipb ke...zaman budak ke..aku suka ingat ingat benda dah lepas ni..hikhik its more macam comel je perangai aku budak budak dulu..hikhikhik itu apa yang aku rasa lah kan..

Okey lah korang..nampaknya ini je lah random topik yang aku boleh share ngan korang malam ni..so,stay tuned for next update from me..mungkin lepas ni more to something lebih ilmiah kot..hihihi like deep conversation about life or something macam tuh..so, stay tuned peeps!! 

Sabtu, 7 Januari 2017

Pulau Redang Part 2

Assalamualaikum korang semua..semoga korang semua sentiasa dibawah jagaan ilahi sentiasa hendakNya..amin..Baiklah macam hakak promise semalam lah kan..hakak akan update pulau redang part 2!! dalam part 2 ni hakak akan citer apa yang hakak buat kat sana..huhuhu nantikan yohhh


Okey,enough with that..semalam kita sampai mana ek? hah! sampai hakak lapar kan..belum sarapan..tunggu feri sampai lambat wooo..dah lah lambat bagi harapan palsu betoii..hihihi tunggu punya tunggu tetiba nature thing calling..hakak nk ke bilik air..time nk ke bilik air plak tetibe hakak punya feri tuh sampai kau rasa?? huishhh..opismate da ws hakak cakap "feri da sampai nanti kena tinggal" untungnye urusan dah selesai..hihihi hakak pun kuar dari toilet, angkut lah hakak punya beg semua naik feri..hihihi wat muka seposen..hihi janji hajat da lepas..hihihi


Lepas tuh, hakak pun naik je lah feri..and  the journey is begins...nak sampai pulau redang makan masa sejam lebih jugak lah..hakak da exited ni..tapi tak boleh tidur..hakak tengok surrounding hakak ada yang tidur..nak layan internet memang tak lah sayang oiii..line takde..atas laut..kau rasa ada line?? hahahahah..tapi hakak dapat rakam je lah..huhuhu..last last tertidur jugak walaupun tak lama..rasa dapat lelap dalam 15 minit je..lepas tuh terjaga..Dah terjaga sekali dorang suruh kitorang tukar feri lain..naik feri lagi besar..sebelum ni feri tertutup..this time terbuka plak..tengah laut plak tuh tukar feri..hihi..merasa lah naik feri besar..untung hakak takde mabuk laut je..huhu


Lepas kitorang tukar feri lagi besar, perjalanan dia tak sampai setengah jam..rasa dalam 15 minit camtu baru kitorang sampai betoi betoi kat pulau redang..taddaddada...akhirnyaaa sampai tempat di tuju...gitewwww...hihihi


Lepas dah sampai kan, kitorang pun check in bilik..hakak duduk 5 orang..semua perempuan and single gitewww..opismate yang dapat ikut pun dalam 3 orang je..kak murni,kak farah and lagi sorang arif..yang lain semua famili kak murni..hihihi..kira cam kitorang tumpang famili day dorang lah..hikhik..takpe lah janji happy gi sana..giteww..kira orang yang sebilik ngn aku semua famili kak murni..sedara kak murni lah kiranya..kak farah sebilik ngn husband and famili dia..kak murni pun ngn famili die..so,tinggal hat bujang bujang ni..duk lah sebilik ngn hat bujang..giteww

Seterusnya, lepas dah check in,cop katil semua tuh kan..kitorang berlima yang sebilik ni kan,bersuai kenal n bercadang pergi jejalan sekitar resort and pantai..hah! lupa plak nak habaq nama resort kitorang stay tuh..nama die Redang Bay Resort..kalo korang nak gi Redang boleh gi sana nah..tempat pun cantik menawan giteww..huhu..okey,enough with that..Dah lah baru sampai, tengah panas..kitorang pun berjalan jalan tengok kawasan sambil berselfie giteww..dah abis pusing,kitorang pun patah balik nak gi resort sebab tak silap hakak lah kan, aktiviti snorkelling kul 2 petang camtu..kitorang kejar nak balik sebab nak makan tengah hari..hihihi..kat sana ada makanan..korang tak yah beli..resort sediakan kot..korang kan dah bayar package die sekali ngn makan..dapat makan 4 kali sehari..kau rasa??? best giler kot..tapi rugi je..sebab aku bawak makanan..huhu..kalau tahu tidak ku bawa itu meggi dan makanan yang banyak..beratkan beg je..hikhikhik 😒😒😒 kitorang dapat makan sarapan,lunch,minum petang dengan dinner..okey lah tuh..makanan pun no bad at all..kena ngn selera tekak hakak nih..hihihihi


Dah abis melantak,hakak balik lah bilik untuk siap siap gi snorkelling yang pertama..exited bak hang..huhuhu..kitorang pun tunggu lah kat kuanter pendaftaran die tuh..tunggu nama kena panggil..oleh sebab ketua die kak murni,kitorang pun tunggu lah sampai grup kak murni di panggil..tapi kena bayar rm20 untuk sewa barang google ngn jaket keselamatan die..sewa 2 hari yer..sebab jadual die 3 kali snorkelling..yang hakak duk citer ni snorkelling yang pertama..hihihi lepas dorang panggil nama grup kitorang, kitorang pun naik lah bot..lepas tuh dorang bawak lah kitorang kat tempat snorkelling..tidak ku sangka tidak ku menduga..tempat yang dorang bawak tuh dalam nak oiii!! hakak ni dah lah tak tahu berenang..hakak panik..ohhh!!! tidakkk!! tak nakkk!!! mama tolong anak mu ini...hampir mati lemassss...huwaaaaaaa...lepas tuh hakak turun sekejap je..hakak naik balikkk..hakak tak ingat lah siapa yang tolong selamatkan hakak..sebab hakak da panik nak mati nih..i cant remember at all..tapi kepada encik/cik yang selamatkan hakak terima kasihhh sesangat nahh..jasamu dikenang samapai mati..huhuhu..sejak tuh hakak taknak snorkelling tempat dalam..no no no..ever no!!


tapi dorang yang pandai berenang tuh seronok lah aktiviti air nih!hakak trauma habis ni..hihi tuh baru snorkelling pertama..ada lagi 2 snorkelling..kau rasa macam mana?? nazak lahhhhh..lepas tuh kitorang pun di bawak pulang ke resort..lepas tuh hakak balas dendam lah sebab snorkelling tadi masok dalam air sekejap sangat..hakak mandi tepi tepi pantai je..tak berani lah dalam dalam..huhuhu..lepas dah puas mandi pantai, hakak pun gi lah kantin nak minum petang..ngan baju basah basah..hihihi hakak dulik apa kann...hikhik..actually,ramai je yang buat begitu..huhu


Lepas da makan petang kan, hakak pun mandi mandi lah lagi sekali..nak tukar baju untuk malam plak..aktiviti malam adalah bebas..huhuhu..bleh layan perasaan giteww..huhu lepas makan malam duk lah dalam bilik..oleh sebab penat oii..hakak pun tidur awal..dalam kul 9 camtu lah..hihihi..


Esoknya bangun pagi, kitorang 3 orang, hakak,anak buah kak murni nama die athirah ngn kawan die nama nadia, bangun pagi pagi nak tengok sunrise kat pantai..cantik subhanallah...sempat lah tangkap gambar sekeping dua camtu..huuhuhu..lepas tengok sunrise kitorang pun balik resort untk breakfast..huhu..makanan die sedap..hakak tak bohong nak oii..ala ala orang kaya punya breakfast..hihihi..lepas dah breakfast, kitorang balik bilik untuk siap siap gi snorkelling kedua..snorkelling kedua ni kul 9pagi tak silap hakak..maklumlah benda throwback..ingat tak ingat lah camtu..huhuhu..Lepas tuh kitorang pun naik bot untuk gi marine park tak silap hakak..marine park ni kan..lawa sangat..ikan die banyak kot..huhuhu betoi hakak tak tipu..gi snorkelling tempat tak dalam pun dah boleh nampak..kitorang pun bawak lah roti..bagi ikan makan..banyak oii ikan..hihi ada macam macam jenis ikan..comel comel je semua..huhuhu..aktiviti ni paling hakak feverat sekali lah..sebab mandi kawasan tak dalam sangat..dorang bagi kitorang mandi dalam masa 1 jam je..huhuhu tuh pun actually puas mandi..hihihi seronok..dah sejam kitorang pun balik ke resort untuk makan tengah hari plak..Lepas makan tengah hari, hakak pun tidur n decide tak nak gi snorkelling yang ketiga tuh..penat oii..hakak nak relax..puas tidur, petang tuh hakak pun cuci mata..hihihi gi shopping..sibuk gi tengok resort orang lain..boleh je orang luar masok tengok..huhuhu..da nak maghrib hakak pun pulang untuk mandi n makan malam..huhuhu.. lepas tuh hakak pun tidur n kemas barang untuk balik esok..esok nak balik dahh

Lepas bangun pagi, kitorang pun sarapan n bertolak naik feri dah..check out semua okey, dah boleh naik feri sampai kuala terengganu..sampai kuala terengganu kitorang pun shopping kat pasar payang utk famili hakak semua..huhuhu..beli lah kain batik untuk mak hakak..beli keropok lekor,keropok keping..lepas tuh bertolak naik bas untuk ke kuala lumpur..sampai KL dalam kul 8 ke 9 macam tuh..lepas tuh kembali ke dunia realiti..esoknya hakak kena kerja dah nak oii..huhuuhu hakak tak amik pun cuti extra..hihihi..

Baiklah korang semua..itu je lah kisah hakak di pulau redang..3 hari 2 malam..1 hingga 3 october 2016...package hakak amik rm370..termasok makan dan minum...so,its berbaloi utk relax kan otak anda yang serabut tuh...huhu

Assalamualaikum semua..tak jawab dosa,jawab tanda sayang...hihihi

aku dan diri ku...

Lilypie Kids Birthday tickers