Rabu, 4 Mei 2016

Kenapa suka menghukum??

Assalamualaikum semua.. Semoga dalam jagaan ilahi dan peroleh keberkatan di sisiNya..
Mesti korang rasa blog ni da jadi serius matter.. Kalo sebelum ni, aku tulis cam² kat blog ni pasal life, experience n many thing but starting hujung taun lepas, aku buat keputusan drastik untuk buang semua post yang tak berfaedah n aibkan diri sendiri. However, aku just human beings, tak lekang dari buat salah n silap.. Benda yang lepas usah di kenang giteww.. Hihihi
Lurus ke titik *straight to the point *
Back to topic, kenapa kita manusia suka menghukum?? Adakah kita lupa yang kita pun hamba? Kita ni sape nak hukum orang??  Hanya Allah sahaja yang layak hukum si pesalah laku itu.  Kita ni seharusnya bagi kata nasihat. Pujuk bukan kutuk. Nasihat bukan keji. Bina jambatan bukan tembok.
Tapi ramai manusia kat luar sana suka sangat hukum orang tanpa usul periksa. Contohnya dalam sebuah kampung ada bekas penagih dadah, nak di jadikan cerita berlaku kecurian kat kampung tu.  Orang pertama kena syak mesti bekas penagih dadah tadi. Takde orang nak syak imam masjid mencuri..itu salah satu senario orang kita suka sangat menhukum.  Boleh jadi kisah kecurian tadi yang buat mungkin anak imam masjid, sebab iman tak dapat di warisi.  Dalam setandan pisang bukan semua cantik kan. Sebab itu, kita kena usul periksa dahulu. Jangan main hentam kromo je. Asal benda tak elok, orang yang ada sejarah hitam kena hukum, kena tuduh. Sometimes lifes no fair to us..
Oleh yang demikian, tolong jangan simply simply nak tuduh dan hukum sembarangan. Boleh jadi, orang yang kita hukum itu lebih mulia di sisi Allah.
Last but not least, please jadi masyarakat yang positif. Buangkan anasir negatif dalam diri. Tak rugi berfikiran positif. Ia buat hati jadi tenang dan tenteram. Hari berlalu pun terasa smooth je..
Jaga hati, jaga iman dan jaga diri.. 
Catat Ulasan

aku dan diri ku...

Lilypie Kids Birthday tickers